14 September 2013

Laporan Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Air


PERSATUAN : KELAB PRISMA DAN REKACIPTA

1.0              PENDAHULUAN

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket (PTPR)
merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Universiti Malaya. Ia merupakan satu program pendidikan sains yang merentas kurikulum sekolah menengah dalam negara.


Dalam pertandingan ini, para peserta dikehendaki mencipta model roket air yang sempurna menggunakan botol minuman berkarbonat 1.5 liter agar ia dapat meminimumkan daya geseran dengan gaya kreativiti dan inovasi yang tinggi. Seterusnya model roket air itu akan menyempurnakan beberapa misi pelancaran ke udara dengan menggunakan alat pelancar roket air beserta kombinasi tekanan air dan udara sahaja. Terdapat pelbagai konsep dan aplikasi sains yang perlu difahami dan diadaptasi terlebih dahulu oleh pelajar sebelum menghasilkan roket air tersebut.

2.0              MATLAMAT

Meningkatkan minat murid terhadap subjek sains dan membuat pemilihan wakil sekolah dalam Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket peringkat daerah.

3.0              OBJEKTIF

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket (PTPR) diadakan bertujuan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut :

            * Menanam minat, meningkatkan kemahiran, kefahaman dan pengetahuan komuniti pelajar dalam bidang sains dan teknologi angkasa;

            * Membudayakan pelajar dengan pemikiran kreatif dan inovatif;

            * Memberi landasan untuk mengaplikasikan teori dan konsep yang dipelajari dengan satu
             aktiviti teknikal yang boleh membantu meningkatkan fahaman mereka; dan

            * Menjadikan bidang sains angkasa sesuatu yang mencabar dan menyeronokkan
 
4.0              SASARAN

Semua murid tingkatan 4

5.0             PELAKSANAAN

Tarikh              :           24 dan 26 April 2013
Masa               :           2.00 – 6.00 petang
Tempat            :           Makmal Momentum dan Padang Arena Juara SMK Perimbun

6.0              PERBELANJAAN

Sumber Kewangan       : Peruntukan Ko-Akademik Panitia Sains SMK Perimbun.
Peralatan dan bahan-bahan membina roket     :    RM200.00


7.0              RUMUSAN

Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori seperti berikut:
i.  Kateogri R2* – Sasaran (Target)
ii. Kategori R3* – Payung Terjun (Parachute)

Pada 24 April, murid-murid telah diberi taklimat oleh guru bertugas dan seterusnya membina model roket air menggunakan botol minuman plastik 1.5 liter.

Pada 26 April, murid-murid telah melancarkan roket tersebut mengikut kategori yang telah ditetapkan.

Senarai nama peserta dan pemenang adalah seperti lampiran yang disertakan.

8.0              CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pihak kelab mencadangkan program ini diteruskan pada tahun hadapan dengan beberapa penambahbaikan seperti memberi taklimat dan pendedahan awal tentang pertandingan ini kepada murid-murid dan membuat hebahan secara drastik agar dapat menarik minat lebih ramai murid mengambil bahagian atau memberi sokongan dalam program ini.


Laporan Lawatan Penanda Arasan PK HEM Melaka

DEMONSTRASI SAINS SEMPENA LAWATAN PENANDA ARASAN DELEGASI MAJLIS PERMUAFAKATAN GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID NEGERI MELAKA KE SMK PERIMBUN


1.0              PENGENALAN

Ekoran daripada sambutan yang hangat daripada para murid dan guru SMK Perimbun atas eksperimen ‘Elephant Toothpaste’ yang didemonstrasikan ketika Aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik pada 10 April 2013 yang lepas, usaha Kelab Prisma dan Rekacipta ini dengan bangganya telah diiktiraf oleh pihak pentadbir SMK Perimbun apabila AJK Kelab Prisma dan Rekacipta menerima jemputan khas daripada Penolong Kanan SMK Perimbun, Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd. Nor, untuk mempersembahkan eksperimen ‘Elephant Toothpaste’ untuk sekali lagi, kali ini bukan di hadapan warga SMK Perimbun tetapi di hadapan mata tetamu kehormat sekolah kita, iaitu delegasi Majlis Permuafakatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dari seluruh negeri Melaka yang bakal berkunjung ke SMK Perimbun. Bukan semua kelab yang berpeluang untuk menonjolkan bakat mereka di hadapan tetamu kehormat ini kerana pihak sekolah ingin memilih baka murid yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum bagi mengendalikan lawatan penanda arasan ini. Jadi, pemilihan Kelab Prisma dan Rekacipta untuk disertakan dalam aktiviti besar sekolah ini sememangnya suatu bentuk penghormatan bagi kelab tersebut, terutamanya apabila AJK Kelab Prisma dan Rekacipta menyedari bahawa demonstrasi ini merupakan permintaan khas daripada pihak pentadbir SMK Perimbun.

2.0              MATLAMAT

·         Membuktikan kemenjadian ahli Kelab Prisma dan Rekacipta, terutamanya dalam bidang sains, bagi memenuhi kriteria lawatan penanda arasan ini lantas meningkatkan imej murid SMK Perimbun di mata pengunjung luar secara keseluruhannya.

3.0              OBJEKTIF

·         Membina karakter cemerlang dalam kalangan ahli Kelab Prisma dan Rekacipta menerusi kaedah persembahan yang profesional dan berdisiplin.

·         Mendedahkan para tetamu kehormat kepada pengetahuan sains melalui saluran yang kreatif dan menarik.

·         Meningkatkan imej Kelab Prisma dan Rekacipta dalam kalangan warga SMK Perimbun dan tetamu luar.

4.0              PELAKSANAAN

Tarikh         :       15 April 2013
Hari            :       Isnin
Masa          :       10.30 pagi – 11.00 pagi
Tempat       :       Dataran Muhibbah, SMK Perimbun
Pelaksana   :       Kelab Prisma dan Rekacipta dengan kerjasama Panitia Sains dan pihak
                           pentadbir SMK Perimbun

5.0              SASARAN

80 orang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dari sekolah-sekolah seluruh negeri Melaka.

6.0              JAWATANKUASA

6.1 JAWATANKUASA INDUK

6.1.1 TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA INDUK

·         Merancang pelaksanaan aktiviti Demonstrasi Sains sempena Lawatan Penanda Arasan Delegasi Majlis Permuafakatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Negeri Melaka ke SMK Perimbun  dari segi tempat, masa, pengurusan sumber manusia, sasaran murid dan aktiviti.

·         Memantau perjalanan aktiviti Demonstrasi Sains sempena Lawatan Penanda Arasan Delegasi Majlis Permuafakatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Negeri Melaka ke SMK Perimbun  untuk memastikan kelancaran program ini.

·         Meluluskan atau melakukan sebarang perubahan terhadap eksperimen serta aktiviti yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pelaksana.

·         Sebagai pengantara Kelab Prisma dan Rekacipta dengan pihak pengurusan SMK Perimbun.

6.1.2 AHLI JAWATANKUASA INDUK

      Penaung                      : Puan Hajah Petri Noor Jaliah binti Megat Adnan
                                           (Pengetua Kanan SMK Perimbun)

     Guru Penasihat            : Puan Rusmiyana binti Kamari
                                          Puan Jamilah binti Mat Arshad

     Pengerusi                      : Mandeep Singh A/L Manjit Singh (5 Alfa)

     Timbalan Pengerusi       : Beh Zi Xuan (4 Alfa)

     Naib Pengerusi             : Felicity Mishan Ng Yi Wey (5 Alfa)
                                            Yee Jin Kiat (4 Delta)

     Setiausaha                    : Shika A/P Ranjendiran (5 Alfa)

     Penolong Setiausaha     : Nurain Khairunnisa binti Mohd. Rozi (5 Beta)

     Bendahari                     : Lim Zhu Tien (5 Alfa)

     Penolong Bendahari       : Darshwini A/P Sridharan (4 Alfa)

6.2 JAWATANKUASA PELAKSANA

6.2.1 TUGAS-TUGAS  JAWATANKUASA PELAKSANA

·      Melaksanakan segala arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa Induk.

·   Menjalankan pencarian maklumat dan eksperimen yang menarik berkenaan dengan aktiviti Demonstrasi Sains sempena Lawatan Penanda Arasan Delegasi Majlis Permuafakatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Negeri Melaka ke SMK Perimbun  .

·   Diberi kuasa untuk mengendalikan dan merancang aktiviti yang berlangsung sepanjang aktiviti Demonstrasi Sains sempena Lawatan Penanda Arasan Delegasi Majlis Permuafakatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Negeri Melaka ke SMK Perimbun  dengan pemerhatian oleh Jawatankuasa Induk. (Walau bagaimanapun, segala aktiviti dan keputusan oleh Jawatankuasa Pelaksana mesti dirujuk kepada Jawatankuasa Induk terlebih dahulu untuk pengesahan.)

·    Melibatkan diri serta memberi sumbangan tenaga dalam segala aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Prisma dan Rekacipta.

6.2.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

                                           Ketua: Lim Zhu Tien (5 Alfa)

1.      Yap Kean Onn (5 Delta)
2.      Ch’ng Wai Keat (5 Gamma)
3.      Lo Wei Hong (5 Alfa)
4.      Andaeus Neoh Zun Khan (5 Gamma)
5.      Chong Kah Hou (5 Gamma)
6.      Jessie Kek Teng Han (5 Beta)
7.      Liew Kar Fai (5 Gamma)



7.0              SUMBER KEWANGAN

·         Yuran ahli
·         Peruntukan Panitia Sains
·         Sumbangan bahan daripada Guru Penasihat serta AJK Kelab Prisma dan Rekacipta
·         Sumbangan bahan kimia serta radas oleh pihak pengurusan Makmal Sains SMK Perimbun

8.0              ANGGARAN PERBELANJAAN

BAHAN
ANGGARAN HARGA (RM)
Pewarna makanan
6.00
Sabun pencuci
5.00
JUMLAH
11.00

Oleh sebab program ini tidak lama selepas Aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik, masih terdapat baki bahan daripada pelaksanaan eksperimen yang sama pada kali pertama. Jadi, untuk menjimatkan kos, AJK Prisma telah menggunakan baki bahan tersebut untuk demonstrasi kali kedua ini.

9.0              TENTATIF PROGRAM

9.1 PERSEDIAAN SEBELUM PROGRAM

Pada 12 April 2013 bersamaan dengan hari Jumaat, iaitu 2 hari selepas berlangsungnya Aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik, Kelab Prisma dan Rekacipta telah diberi penghormatan yang amat besar apabila AJK Prisma menerima jemputan khas daripada Penolong Kanan SMK Perimbun, Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd. Nor, untuk membuat demonstrasi ‘Elephant Toothpaste’ sekali lagi semasa Lawatan Penanda Arasan Delegasi Majlis Permuafakatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ke SMK Perimbun. Tanpa membuang masa, pada petang hari yang sama, semua AJK Prisma yang terlibat dengan Aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik yang lepas, iaitu Mandeep Singh A/L Manjit Singh (Pengerusi), Felicity Mishan Ng Yiwey (Naib Pengerusi), Ch’ng Wai Keat, Lo Wei Hong, dan Yap Kean Onn, telah berkumpul di Makmal Platinum untuk membincangkan pelaksanaan demonstrasi yang cukup penting ini.

Dalam perbincangan tersebut, AJK Prisma telah menginovasi eksperimen ‘Elephant Toothpaste’ yang sedia ada dengan menggantikan graduated cylinder yang digunakan ketika Aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik dengan volumetric flask yang dapat memberi kesan pancutan yang lebih menarik dan dinamik. Bahan dan radas lain kekal sama dari segi isipadu dan jenis. AJK Prisma telah melaksanakan beberapa percubaan disebabkan oleh pertukaran salah satu radas yang digunakan dan mendapati bahawa penukargantian graduated cylinder kepada volumetric flask sememangnya dapat menghasilkan kesan pancutan yang lebih unik.

Dari segi pembahagian sumber manusia, semua AJK Prisma yang terlibat sebulat suara bersetuju untuk mengekalkan peranan yang sama seperti Aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik. Oleh itu, Mandeep Singh A/L Manjit Singh dan Felicity Mishan Ng Yiwey akan kekal menjadi pengacara demonstrasi manakala Lo Wei Hong, Yap Kean Onn, dan Ch’ng Wai Keat akan tetap menjadi ‘saintis muda’ yang bakal mendemonstrasikan eksperimen ‘Elephant Toothpaste’ kepada tetamu kehormat.

Pada hari kejadian, seawal-awal pukul 8 pagi, AJK Prisma telah berada di Dataran Muhibbah untuk menyediakan semua radas dan bahan yang diperlukan di bawah pengawasan Puan Rusmiyana binti Kamari, Guru Penasihat Kelab Prisma dan Rekacipta. Tiga set eksperimen ‘Elephant Toothpaste’ telah disediakan dengan teratur di atas meja yang telah siap dihiasi dengan alas meja yang berseri. Pengacara majlis pula bertanggungjawab untuk mengetahui nama tetamu kehormat yang akan hadir serta atur cara program tersebut daripada Puan Aziah binti Abeh, Pengerusi Majlis pada masa itu.

9.2 PERJALANAN PROGRAM PADA HARI KEJADIAN

Program dimulakan pada pukul 10.30 pagi apabila Delegasi Majlis Permuafakatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Negeri Melaka tiba di pekarangan SMK Perimbun. Ketibaan mereka disambut dengan persembahan nyanyian khas yang diketuai oleh Puan Muhairene binti Mohammed. Selepas itu, para tetamu kehormat diminta untuk bergambar bersama dengan pihak pentadbir SMK Perimbun sebagai bahan kenangan. Setelah sesi fotografi berlalu, tibalah giliran Kelab Prisma dan Rekacipta untuk mempersembahkan demonstrasi eksperimen ‘Elephant Toothpaste’ yang telah diinovasikan.

Demonstrasi tersebut dimulakan dengan ucapan selamat datang oleh pengacara program tersebut dan kemudiannya diikuti dengan penerangan prosedur eksperimen ‘Elephant Toothpaste’ satu demi satu. Eksperimen ‘Elephant Toothpaste’ dimulakan dengan penyukatan 500 ml 35% hidrogen peroksida untuk dituang ke dalam volumetric flask. Selepas itu, ‘saintis’ kita akan menambahkan bahan pewarna makanan ke dalam larutan yang terdapat dalam volumetric flask tersebut lalu diikuti dengan penambahan beberapa titis sabun pencuci ke dalam larutan yang sama. Bagi prosedur terakhir, iaitu menambahkan sesudu Potassium Iodide ke dalam larutan tersebut untuk mendapatkan pancutan yang menarik, AJK Prisma dengan segala hormatnya telah menjemput Puan Hajah Noraini (Wakil Jabatan Pelajaran Negeri Melaka), Puan Marina binti Masban (Wakil Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat) dan Tuan Haji Husin bin Ibrahim (Pengerusi Majlis Permuafakatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Negeri Melaka) untuk menyempurnakan ketiga-tiga set eksperimen tersebut. Akhirnya, eksperimen tersebut telah disempurnakan dengan jayanya oleh ketiga-tiga tetamu kehormat dan telah mendapat tepukan yang gemuruh serta pujian oleh seluruh delegasi.

10.0 PENUTUP


Tuntasnya, eksperimen ‘Elephant Toothpaste’ yang telah diinovasikan telah berjaya menarik hati setiap ahli Delegasi Majlis Permuafakatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Negeri Melaka yang dikategorikan oleh pihak sekolah sebagai tetamu kehormat yang mempunyai jawatan tinggi dalam peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Melaka. Rentetan itu, AJK Kelab Prisma dan Rekacipta telah berjaya membanggakan bukan sahaja kelab mereka sendiri, tetapi juga SMK Perimbun secara keseluruhannya. 




GAMBAR AKTIVITI

Tetamu kehormat yang bersedia untuk  menghayati demonstrasi kami. 


Terima kasih kepada Puan Marina, Puan Hajah Noraini, dan 
Tuan Haji Husin kerana menyempurnakan demonstrasi ini.



Barisan AJK Prisma dengan Ketua Bidang Sains dan Matematik, 
Puan Noramizan binti Abdul Rahman yang telah banyak menyumbang dalam demonstrasi ini.

13 September 2013

Laporan Pelancaran Bulan Sains & Matematik 2013

1.0 PENGENALAN

Aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik pada awal bulan April setiap tahun merupakan aktiviti kemuncak tahunan bagi Panitia Sains di mana murid-murid berupaya untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang sains tanpa mengira aliran fizik, kimia ataupun biologi di hadapan orang ramai. Beberapa tahun ini, aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik dikatakan oleh murid-murid sebagai salah satu aktiviti demonstrasi terbuka yang paling kreatif dan menarik sepanjang kalendar takwim SMK Perimbun. Aktiviti ini juga merupakan aktiviti ternama serta aktiviti tradisi bagi Panitia Sains kerana aktiviti inilah yang bakal menjadi barisan hadapan dalam menarik minat murid-murid terhadap pelbagai pertandingan bertemakan sains yang diadakan sepanjang Bulan Sains dan Matematik. Pada tahun ini, Kelab Prisma dan Rekacipta telah diberi penghormatan dan tanggungjawab yang amat besar oleh Panitia Sains untuk meneruskan kesinambungan kecemerlangan kreativiti Panitia Sains dalam menjayakan aktiviti ini serta melakar latar yang mempesonakan bagi Bulan Sains dan Matematik secara keseluruhannya.

2.0 MATLAMAT

·    Mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid dalam menarik minat warga SMK Perimbun terhadap aktiviti Sains yang bakal diadakan sepanjang Bulan Sains dan Matematik.

3.0 OBJEKTIF

·   * Memupuk kemahiran berkomunikasi ahli Kelab Prisma dan Rekacipta melalui interaksi secara langsung   dengan semua warga SMK Perimbun.

·   *  Memberi peluang kepada semua warga SMK Perimbun untuk mempelajari ilmu sains, terutamanya dalam   bidang kimia, dengan kaedah yang menarik.

·   * Menjadi platform dalam menentukan sambutan aktiviti Bulan Sains dan Matematik yang bakal diadakan   seterusnya.

·   * Memberi peluang kepada ahli Kelab Prisma dan Rekacipta untuk menjalankan aktiviti eksperimen secara   ‘hands on’/praktikal.

4.0 PELAKSANAAN

       Tarikh          :       10 April 2013
       Hari             :       Rabu
       Masa           :       7.30 pagi – 8.00 pagi
       Tempat        :       Dataran Muhibbah, SMK Perimbun
       Penganjur     :       Panitia Sains dengan Kelab Prisma dan Rekacipta

5.0 SASARAN

Semua warga sesi pagi SMK Perimbun (Tingkatan 3, 4, 5 dan 6). Jumlah sasaran tersebut adalah kira-kira 1 500 orang murid.

6.0 JAWATANKUASA

6.1 JAWATANKUASA INDUK

6.1.1 TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA INDUK

·         Merancang pelaksanaan aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik dari segi tempat, masa, pengurusan sumber manusia, sasaran murid dan aktiviti.
·         Memantau perjalanan aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik untuk memastikan kelancaran program ini.
·         Meluluskan atau melakukan sebarang perubahan terhadap eksperimen serta aktiviti yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pelaksana.
·         Sebagai pengantara Kelab Prisma dan Rekacipta dengan pihak pengurusan SMK Perimbun.

6.1.2 AHLI JAWATANKUASA INDUK

      Penaung                        : Puan Hajah Petri Noor Jaliah binti Megat Adnan
                                            (Pengetua Kanan SMK Perimbun)

     Guru Penasihat               : Puan Rusmiyana binti Kamari
                                            Puan Jamilah binti Mat Arshad

     Pengerusi                        : Mandeep Singh A/L Manjit Singh (5 Alfa)

     Timbalan Pengerusi         : Beh Zi Xuan (4 Alfa)

     Naib Pengerusi                : Felicity Mishan Ng Yi Wey (5 Alfa)
                                             Yee Jin Kiat (4 Delta)

     Setiausaha                       : Shika A/P Ranjendiran (5 Alfa)

     Penolong Setiausaha        : Nurain Khairunnisa binti Mohd. Rozi (5 Beta)

     Bendahari                        : Lim Zhu Tien (5 Alfa)

     Penolong Bendahari         : Darshwini A/P Sridharan (4 Alfa)


6.2 JAWATANKUASA PELAKSANA

6.2.1 TUGAS-TUGAS  JAWATANKUASA PELAKSANA

·      Melaksanakan segala arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa Induk.

·   Menjalankan pencarian maklumat dan eksperimen yang menarik berkenaan dengan  aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik.

·    Diberi kuasa untuk mengendalikan dan merancang aktiviti yang berlangsung sepanjang aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik dengan pemerhatian oleh Jawatankuasa Induk. (Walau bagaimanapun, segala aktiviti dan keputusan oleh Jawatankuasa Pelaksana mesti dirujuk kepada Jawatankuasa Induk terlebih dahulu untuk pengesahan.)

·     Melibatkan diri serta memberi sumbangan tenaga dalam segala aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Prisma dan Rekacipta.

6.2.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

                                             Ketua: Lim Zhu Tien (5 Alfa)

1.      Yap Kean Onn (5 Delta)
2.      Ch’ng Wai Keat (5 Gamma)
3.      Lo Wei Hong (5 Alfa)
4.      Andaeus Neoh Zun Khan (5 Gamma)
5.      Chong Kah Hou (5 Gamma)
6.      Jessie Kek Teng Han (5 Beta)
7.      Liew Kar Fai (5 Gamma)

7.0 SUMBER KEWANGAN

·        *  Yuran ahli Kelab Prisma dan Rekacipta
·        *  Peruntukan Panitia Sains
·        *  Sumbangan Ahli Jawatankuasa serta Guru Penasihat Kelab Prisma dan Rekacipta
·        *  Sumbangan bahan kimia oleh pihak pengurusan Makmal Sains SMK Perimbun

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BAHAN
ANGGARAN HARGA (RM)
Ais kering
20.00
Pewarna makanan
6.00
Sabun pencuci
5.00
Gula
2.50
Aluminium foil
5.00
JUMLAH
38.50


9.0 TENTATIF PROGRAM

        9.1 PERSEDIAAN AKTIVITI PELANCARAN BULAN SAINS DAN MATEMATIK

Pada mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab Prisma dan Rekacipta pada 21 Mac 2013, semua Ahli Jawatankuasa Kelab Prisma dan Rekacipta telah bersetuju untuk mengemukakan eksperimen, pembahagian sumber manusia serta kaedah persembahan untuk Aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik seperti yang berikut:

      9.1.1 EKSPERIMEN YANG DIKEMUKAKAN
1.      Dry Ice Fog
2.      Smoke Bomb
3.      Elephant Toothpaste
         (Sila rujuk bahagian Eksperimen untuk maklumat lanjut mengenai prosedur dan 
          bahan-bahan yang diperlukan.)

      9.1.2 PEMBAHAGIAN SUMBER MANUSIA

PENGERUSI MAJLIS
Atas persetujuan semua Ahli Jawatankuasa Kelab Prisma dan Rekacipta, Pengerusi,   Mandeep Singh A/L Manjit Singh (5 Alfa), serta Naib Pengerusi, Felicity Mishan Ng Yiwey (5 Alfa), telah diamanahkan tanggungjawab sebagai pengerusi majlis pada hari kejadian. Pemilihan mereka adalah atas kefasihan mereka dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta pengetahuan mereka yang mendalam mengenai eksperimen-eksperimen yang bakal dipersembahkan.

PERSEMBAHAN ATAS PENTAS
Ahli Jawatankuasa Pelaksana, Lo Wei Hong (5 Alfa), Yap Kean Onn (5 Delta), dan Ch’ng Wai Keat (5 Delta), telah menggalas tanggungjawab untuk mendemonstrasi eksperimen Smoke Bomb serta Elephant Toothpaste di atas pentas.

AKTIVITI PEMBUKA MAJLIS
Semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Pelaksana Kelab Prisma dan Rekacipta telah menerima cadangan Pengerusi untuk menjalankan eksperimen Dry Ice Fog sebagai aktiviti pembuka majlis. Pengerusi telah memutuskan supaya tiga stesen diwujudkan di sekitar Dataran Muhibah untuk melaksanakan aktiviti pembuka majlis. Ahli Jawatankuasa Kelab Prisma dan Rekacipta berhasrat untuk memecah tradisi Pelancaran Bulan Sains dan Matematik yang selama ini hanya membuat persembahan di atas pentas. Persembahan pembukaan majlis yang dijalankan di sekitar Dataran Muhibbah dianggap sebagai pendekatan yang kreatif dan lebih mudah untuk menarik perhatian murid atas sebab jarak penglihatan yang lebih dekat serta mudah untuk berinteraksi dengan semua warga SMK Perimbun.

Dengan itu, tiga stesen yang telah diwujudkan di sekitar Dataran Muhibbah adalah seperti yang berikut:

STESEN
KEDUDUKAN
AJK PELAKSANA YANG DITUGASKAN

1

Hentian Muhibbah (Barisan Kadet Remaja Sekolah)


Liew Kar Fai (5 Gamma)

2

Di Hadapan Garaj (Barisan Perempuan BSMM)


Lim Zhu Tien (5 Alfa)

3

Tempat Duduk Terbuka Rimbun De Café (Barisan Kadet Bomba dan Penyelamat)


Chong Kah Hou (5 Gamma)

9.1.3 KAEDAH PERSEMBAHAN
Ketika mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab Prisma dan Rekacipta pada 21 Mac 2013, beberapa kaedah persembahan telah dicadangkan oleh Ahli Jawatankuasa Kelab Prisma dan Rekacipta. Kaedah-kaedah tersebut merupakan sketsa, demonstrasi, dan syarahan.

KAEDAH SYARAHAN : DITOLAK
Kaedah syarahan ditolak kerana tidak berupaya untuk mewujudkan interaksi secara langsung dengan warga SMK Perimbun. Lebih-lebih lagi, kaedah syarahan hanya mengaplikasikan perkongsian ilmu secara teori yang dianggap membosankan dan bertentangan dengan objektif pelancaran yang menginginkan ahli Prisma menjalankan aktiviti pelancaran secara ‘hands on’/praktikal.

KAEDAH SKETSA : DITOLAK
Berbanding dengan kaedah syarahan, kaedah sketsa lebih digemari oleh Ahli Jawatankuasa Kelab Prisma dan Rekacipta kerana kaedah sketsa dapat mendedahkan warga SMK Perimbun kepada ilmu sains yang dipersembahkan dengan kreatif dan menarik. Walau bagaimanapun, kaedah sketsa baru diamalkan oleh kumpulan persembahan Aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik pada tahun lepas. Besar kemungkinan pihak Panitia Sains serta sasaran aktiviti ini, iaitu murid-murid sesi pagi SMK Perimbun, akan menganggap  aktiviti pada tahun ini sebagai kurang kreatif dan hanya berkisar sekitar sketsa sahaja. Tambahan pula, idea yang disampaikan melalui sketsa mempunyai risiko untuk disalahtafsirkan oleh warga-warga SMK Perimbun yang lemah dari segi bahasa kerana idea tersebut biasanya lebih kepada maksud tersirat. Hal ini bertentangan dengan perancangan aktiviti Pelancaran Sains dan Matematik yang mengetengahkan pengorakan langkah yang baru serta mudah difahami oleh warga SMK Perimbun tanpa mengira tahap kefahaman mereka.

KAEDAH DEMONSTRASI : DITERIMA
Antara sebab kaedah demonstrasi diterima termasuklah dapat menyampaikan ilmu sains secara terus untuk mudah difahami oleh murid, merupakan kaedah persembahan yang sudah lama tidak digunakan dalam aktiviti ini beberapa tahun yang lepas serta dapat memberikan ahli-ahli Kelab Prisma dan Rekacipta pengalaman secara ‘hands on’/praktikal dalam menjalankan eksperimen pada hari kejadian. Kaedah demonstrasi juga dapat melatih kemahiran berkomunikasi ahli-ahli Kelab Prisma dan Rekacipta dengan lebih efektif berbanding dengan kaedah sketsa dan syarahan yang terlalu terikat dengan skrip persembahan. Kaedah demonstrasi dapat dilakukan secara bersahaja serta dapat menonjolkan kreativiti murid-murid dalam mempersembahkan eksperimen dengan menarik dan unik agar mudah difahami dan diingati oleh murid.

      9.2 PERJALANAN PROGRAM PADA HARI KEJADIAN
Majlis dimulakan dengan semua murid sesi pagi SMK Perimbun berbaris mengikut badan beruniform masing-masing di Dataran Muhibbah. Oleh sebab program tersebut dimasukkan ke dalam sesi perhimpunan kokurikulum, upacara tersebut diteruskan dengan bacaan doa, nyanyian lagu kebangsaan dan kemudiannya pengumuman pada hari tersebut. Sementara itu, semua Ahli Jawatankuasa Kelab Prisma dan Rekacipta telah bersedia di stesen masing-masing, menunggu arahan seterusnya oleh Pengerusi Majlis.

Setelah sesi pengumuman selesai, tibalah giliran rakan-rakan setugas Kelab Prisma dan Rekacipta, Mandeep Singh A/L Manjit Singh serta Felicity Mishan Ng Yi Wey untuk mengambil alih peranan sebagai Pengerusi Majlis. Dengan itu, secara rasminya aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik telah pun bermula. Aktiviti ini membuka tirainya dengan special effect di sekitar Dataran Muhibbah yang disebabkan oleh kabus yang dilepaskan oleh ais kering yang direndam ke dalam air panas. Seperti yang dijangka, kabus ini berjaya menarik perhatian murid-murid terhadap eksperimen Dry Ice Fog yang dijalankan di 3 stesen sekitar Dataran Muhibbah seperti yang dirancang sebelum ini. Selepas itu, Pengerusi Majlis memberi penerangan yang ringkas tentang langkah-langkah untuk memperoleh special effect seperti yang dilihat di sekitar Dataran Muhibbah dengan merendam ais kering ke dalam air panas. Pengerusi Majlis turut menyatakan bahawa eksperimen ini sebenarnya salah satu kaedah yang diamalkan dalam pementasan drama untuk mewujudkan latar pembukaan drama yang berkabus.

Tanpa membuang masa, Pengerusi Majlis meneruskan program ini dengan demonstrasi dua lagi eksperimen atas pentas. ‘Saintis’ yang berada di atas pentas ketika itu ialah Lo Wei Hong, Ch’ng Wai Keat dan Yap Kean Onn. Demonstrasi atas pentas bermula dengan eksperimen Smoke Bomb yang kemudiannya telah diasapkan oleh para ‘saintis’ Kelab Prisma dan Rekacipta dengan berhati-hati. Murid-murid terpesona lagi apabila melihat kepulan asap tebal yang dijanakan oleh campuran gula dan Potassium Nitrate yang sedikit sahaja dalam eksperimen Smoke Bomb.

Akhir sekali, demonstrasi ini mencapai kemuncaknya dengan eksperimen Elephant Toothpaste. Tiga set radas dan bahan eksperimen tersebut telah disediakan di atas pentas dengan bahan pewarna yang berbeza-beza bagi setiap set. Setelah hampir semua prosedur eksperimen tersebut selesai, pihak Kelab Prisma dan Rekacipta dengan segala hormatnya telah menjemput Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd. Nor, Penolong Kanan SMK Perimbun diiringi oleh Puan Noramizan binti Abdul Rahman, Ketua Bidang Sains dan Matematik SMK Perimbun, untuk merasmikan Program Bulan Sains dan Matematik Tahun 2013. Cara perasmian pada tahun ini juga amat menarik dan bersifat ‘hands on’, iaitu menyempurnakan eksperimen tersebut dengan satu langkah terakhir – menambahkan sesudu Potassium Iodide ke dalam salah satu set eksperimen yang telah disediakan oleh ‘saintis’ kami. Dengan itu, larutan eksperimen tersebut memancut keluar dengan menakjubkan sekali, melambangkan keajaiban sains yang berjaya membuka minda generasi muda tanpa mengira usia ataupun tahap kefahaman mereka.

Setelah eksperimen tersebut disempurnakan, Pengerusi Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd. Nor untuk menyampaikan sepatah dua kata semangat kepada para murid SMK Perimbun. Beliau mendedikasikan pujiannya yang ikhlas kepada Ahli Jawatankuasa Kelab Prisma dan Rekacipta atas demonstrasi yang menarik tersebut serta memberi motivasi kepada murid-murid untuk mendalami ilmu sains dan teknologi kerana sains sememangnya menakjubkan. Lantaran itu, program tersebut telah berakhir dengan jayanya di mana kedua-dua pihak, iaitu murid dan guru telah dapat mendalami ilmu sains secara kreatif dan unik pada hari kejadian.

10.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik berjaya mendapat sambutan yang hangat oleh semua warga SMK Perimbun. Hal ini secara tidak langsung telah memberi permulaan yang memberangsangkan bagi aktiviti-aktiviti Bulan Sains dan Matematik 2013 lain yang bakal diadakan. Kelab Prisma dan Rekacipta berjaya sekali lagi menjulang namanya dalam kalangan murid dan guru SMK Perimbun. Dengan itu, kami berharap agar kesinambungan kecemerlangan kreativiti murid ini dapat diteruskan dengan persembahan yang lebih kreatif dan menarik pada tahun yang berikutnya.


EKSPERIMEN

1   DRY ICE FOG

Difficulty: Easy
Time Required: Instantaneous
Here's How:
  1. This is so easy! Add chunks of dry ice (solid carbon dioxide) to hot water in a styrofoam or other insulated container.
  2. The fog will sink to the ground. You may use a fan on a low setting to move your 'smoke'.
  3. The water will cool, so you will need to refresh the hot water to maintain the effect.
  4. Room temperature matters - you will get the most fog in a cool room. Have fun!
Tips:
  1. Dry ice is cold enough to give frostbite. Wear protective gloves when handling it.
  2. Larger chunks of dry ice will last longer than smaller ones.
  3. Be aware that extra carbon dioxide is being added to the air. Under some circumstances, this can present an asphyxiation hazard.
  4. Sometimes inexpensive dry ice machines are available, otherwise check party supply stores and shipping companies for availability.
  5. Keep dry ice away from children, pets, and fools! Adult supervision is required.
What You Need
  • Dry Ice (Carbon Dioxide)
  • Hot Water
  • Insulated Container

1.     SMOKE BOMB


The smoke bomb you would purchase from a fireworks store usually is made from potassium chlorate (KClO3 - oxidizer), sugar (sucrose or dextrin - fuel), sodium bicarbonate (otherwise known as baking soda - to moderate the rate of the reaction and keep it from getting too hot), and a powdered organic dye (for colored smoke). When a commercial smoke bomb is burned, the reaction makes white smoke and the heat evaporates the organic dye. Commercial smoke bombs have small holes through which the smoke and dye are ejected, to create a jet of finely dispersed particles. Crafting this type of smoke bomb is beyond most of us, but you can make an effective smoke bomb quite easily. There are even colorants you can add if you want to make coloured smoke. In fact, this type of smoke bomb was used to craft the world’s biggest smoke bomb! Let's start out with instructions for the easiest/safest type of smoke bomb you can make:

Smoke Bomb Materials

·         sugar (sucrose or table sugar)
·     potassium nitrate, KNO3, also known as saltpeter (buy it online or you can find this at some garden supply stores in the fertilizer section, some pharmacies carry it too)
·         skillet or pan
·         aluminum foil
      
How to Make a Smoke Bomb

1.      Pour about 3 parts potassium nitrate to 2 parts sugar into the skillet (5:3 ratio is also good). Measurements don't need to be exact, but you want more KNO3 than sugar. For example, you can use 1-1/2 cups KNO3 and 1 cup sugar. If you use equal amounts of KNO3 and sugar, your smoke bomb will be harder to light and will burn more slowly. As you approach the 5:3 KNO3:sugar ratio, you get a smoke bomb that burns more quickly.

2.      Apply low heat to the pan. Stir the mixture with a spoon using long strokes. If you see the grains of sugar starting to melt along the edges where you are stirring, remove the pan from the heat and reduce the temperature before continuing.

3.     Basically you are carmelizing sugar. The mixture will melt and become a caramel or chocolate color. Continue heating/stirring until the ingredients are liquefied. Remove from heat.

4.      Pour the liquid onto a piece of foil. You can pour a smaller amount onto a separate piece, to test the batch. You can pour the smoke bomb into any shape, onto an object, or into a mold. The shape and size will affect the burning pattern.

5.      If you aren't going to clean your skillet immediately, pour hot water into the pan to dissolve the sugar (or else it will be harder to clean). Clean up any residue you may have spilled out of the pan, unless you want mini-smoke bombs on your stovetop.

6.      Allow the smoke bomb to cool, then you can peel it off the foil.

Now that you've made your smoke bomb, it's time to light it...


3.     ELEPHANT TOOTHPASTE


The elephant toothpaste chemistry demonstration is a dramatic demo which produces copious amounts of steaming foam that sort of looks like the toothpaste an elephant might use. Here's how to set up this demonstration and a look at the reaction behind it.

Elephant Toothpaste Materials

  • 50-100 ml of 30% hydrogen peroxide (H2O2) solution
  • saturated potassium iodide (KI) solution
  • liquid dishwashing detergent
  • food colouring
  • 500 mL graduated cylinder
  • splint (optional)
Safety
Wear disposable gloves and safety glasses. Oxygen is evolved in this reaction, so do not perform this demonstration near an open flame. Also, the reaction is exothermic, producing a fair amount of heat, so do not lean over the graduated cylinder when the solutions are mixed. Leave your gloves on following the demonstration to aid with cleanup. The solution and foam may be rinsed down the drain with water.


Procedure
  1. Put on gloves and safety glasses. The iodine from the reaction may stain surfaces so you might want to cover your workspace with an open garbage bag or a layer of paper towels.
  2. Pour ~50 mL of 30% hydrogen peroxide solution into the graduated cylinder.
  3. Squirt in a little dishwashing detergent and swirl it around.
  4. You can place 5-10 drops of food coloring along the wall of the cylinder to make the foam resemble striped toothpaste.
  5. Add ~10 mL of potassium iodide solution. Do not lean over the cylinder when you do this, as the reaction is very vigorous and you may get splashed or possibly burned by steam.
  6. You may touch a glowing splint to the foam to to relight it, indicating the presence of oxygen.
Variations of the Elephant Toothpaste Demonstration
  • You can add 5 grams of starch to the hydrogen peroxide. When the potassium iodide is added, the resulting foam will have light and dark patches from the reaction of some of the starch to form triiodide.
  • You can use yeast instead of potassium iodide. Foam is produced more slowly, but you can add a fluorescent dye to this reaction to produce elephant toothpaste that will glow very brightly under a black light.
  • You can colour the demonstration and make it into an Elephant Toothpaste Christmas Tree for the holidays.
  • There is also a kid-friendly version of the elephant toothpaste demo that is safe for hands.
Elephant Toothpaste Chemistry
The overall equation for this reaction is:
2 H2O2(aq) → 2 H2O(l) + O2(g)
However, the decomposition of the hydrogen peroxide into water and oxygen is catalzyed by the iodide ion.
H2O2(aq) + I-(aq) → OI-(aq) + H2O(l)
H2O2(aq) + OI-(aq) → I-(aq) + H2O(l) + O2(g)
The dishwashing detergent captures the oxygen as bubbles. Food colouring can colour the foam. The heat from this exothermic reaction is such that the foam may steam. If the demonstration is performed using a plastic bottle, you can expect slight distortion of the bottle from the heat.


GAMBAR AKTIVITI

 Pengerusi Majlis sedang mengendalikan Aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik.


AKTIVITI PEMBUKA MAJLIS : DRY ICE FOG

  AJK Prisma sedang menjalankan eksperimen Dry Ice Fog di stesen masing-masing.

SMOKE BOMB


 Para ‘saintis’ sedang menyediakan bahan dan radas yang diperlukan untuk menjalankan eksperimen Smoke Bomb.          


  AJK Kelab Prisma dan Rekacipta, Yap Kean Onn, sedang menambahkan campuran gula dan                Potassium Nitrate ke dalam bekas yang disediakan.

 ‘Saintis’ kami sedang menunggu campuran gula dan Potassium Nitrate untuk dipanaskan



 ‘Saintis’ kami menunjukkan contoh campuran Smoke Bomb yang disediakan awal-awal lagi.



  AJK Prisma, Lo Wei Hong sedang memanaskan campuran Smoke Bomb untuk dijana asap.



Asap yang dilepaskan menjadi semakin tebal.


ELEPHANT TOOTHPASTE


 ‘Saintis’ kami sedang menambahkan larutan hydrogen peroksida ke dalam silinder penyukat.   
      
‘Saintis’ kami sedang menambahkan beberapa titis sabun pencuci ke dalam set 
Elephant Toothpaste tersebut. 


 ‘Saintis’ kami sedang menambahkan beberapa titis bahan pewarna 
makanan ke dalam set eksperimen tersebut. 


Bersama dengan Penolong Kanan SMK Perimbun Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd. Nor, ‘saintis’
kami menambahkan sesudu Potassium Iodide ke dalam setiap set eksperimen 
sebagai tanda  perasmian Bulan Sains dan Matematik.

                                                                               

 Nampaknya Penolong Kanan sekolah kita berasa kagum akan hasil eksperimen yang tidak disangka oleh beliau amat menakjubkan.


Hasil eksperimen yang begitu cantik dan mengagumkan.