DEMONSTRASI
SAINS SEMPENA LAWATAN PENANDA ARASAN DELEGASI MAJLIS PERMUAFAKATAN GURU PENOLONG
KANAN HAL EHWAL MURID NEGERI MELAKA KE SMK PERIMBUN
1.0
PENGENALAN
Ekoran daripada sambutan yang hangat daripada para
murid dan guru SMK Perimbun atas eksperimen ‘Elephant Toothpaste’ yang
didemonstrasikan ketika Aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik pada 10
April 2013 yang lepas, usaha Kelab Prisma dan Rekacipta ini dengan bangganya telah
diiktiraf oleh pihak pentadbir SMK Perimbun apabila AJK Kelab Prisma dan
Rekacipta menerima jemputan khas daripada Penolong Kanan SMK Perimbun, Tuan
Haji Abdul Rahim bin Mohd. Nor, untuk mempersembahkan eksperimen ‘Elephant
Toothpaste’ untuk sekali lagi, kali ini bukan di hadapan warga SMK Perimbun
tetapi di hadapan mata tetamu kehormat sekolah kita, iaitu delegasi Majlis
Permuafakatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dari seluruh negeri Melaka
yang bakal berkunjung ke SMK Perimbun. Bukan semua kelab yang berpeluang untuk
menonjolkan bakat mereka di hadapan tetamu kehormat ini kerana pihak sekolah
ingin memilih baka murid yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan
kokurikulum bagi mengendalikan lawatan penanda arasan ini. Jadi, pemilihan
Kelab Prisma dan Rekacipta untuk disertakan dalam aktiviti besar sekolah ini
sememangnya suatu bentuk penghormatan bagi kelab tersebut, terutamanya apabila
AJK Kelab Prisma dan Rekacipta menyedari bahawa demonstrasi ini merupakan
permintaan khas daripada pihak pentadbir SMK Perimbun.
2.0
MATLAMAT
·
Membuktikan kemenjadian ahli Kelab
Prisma dan Rekacipta, terutamanya dalam bidang sains, bagi memenuhi kriteria
lawatan penanda arasan ini lantas meningkatkan imej murid SMK Perimbun di mata
pengunjung luar secara keseluruhannya.
3.0
OBJEKTIF
·
Membina karakter cemerlang dalam
kalangan ahli Kelab Prisma dan Rekacipta menerusi kaedah persembahan yang
profesional dan berdisiplin.
·
Mendedahkan para tetamu kehormat
kepada pengetahuan sains melalui saluran yang kreatif dan menarik.
·
Meningkatkan imej Kelab Prisma dan
Rekacipta dalam kalangan warga SMK Perimbun dan tetamu luar.
4.0
PELAKSANAAN
Tarikh :
15 April 2013
Hari : Isnin
Masa : 10.30 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Dataran Muhibbah, SMK Perimbun
Pelaksana : Kelab Prisma dan Rekacipta dengan kerjasama Panitia Sains dan pihak
pentadbir SMK
Perimbun
5.0
SASARAN
80 orang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dari
sekolah-sekolah seluruh negeri Melaka.
6.0
JAWATANKUASA
6.1
JAWATANKUASA INDUK
6.1.1
TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA INDUK
·
Merancang pelaksanaan aktiviti Demonstrasi Sains sempena
Lawatan Penanda Arasan Delegasi Majlis Permuafakatan Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid Negeri Melaka ke SMK Perimbun dari segi tempat, masa, pengurusan sumber
manusia, sasaran murid dan aktiviti.
·
Memantau perjalanan aktiviti Demonstrasi Sains sempena
Lawatan Penanda Arasan Delegasi Majlis Permuafakatan Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid Negeri Melaka ke SMK Perimbun
untuk memastikan kelancaran program ini.
·
Meluluskan atau melakukan sebarang perubahan terhadap
eksperimen serta aktiviti yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pelaksana.
·
Sebagai pengantara Kelab Prisma dan Rekacipta dengan pihak
pengurusan SMK Perimbun.
6.1.2
AHLI JAWATANKUASA INDUK
Penaung : Puan Hajah Petri Noor
Jaliah binti Megat Adnan
(Pengetua Kanan SMK Perimbun)
Guru Penasihat : Puan Rusmiyana binti Kamari
Puan Jamilah binti Mat Arshad
Pengerusi : Mandeep Singh A/L
Manjit Singh (5 Alfa)
Timbalan Pengerusi : Beh Zi Xuan (4 Alfa)
Naib Pengerusi : Felicity Mishan Ng Yi Wey (5
Alfa)
Yee Jin Kiat (4 Delta)
Setiausaha : Shika A/P Ranjendiran (5
Alfa)
Penolong Setiausaha : Nurain Khairunnisa binti Mohd. Rozi (5
Beta)
Bendahari : Lim Zhu Tien (5 Alfa)
Penolong Bendahari : Darshwini A/P Sridharan (4 Alfa)
6.2
JAWATANKUASA PELAKSANA
6.2.1
TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA
· Melaksanakan segala arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa
Induk.
· Menjalankan pencarian maklumat dan eksperimen yang menarik
berkenaan dengan aktiviti Demonstrasi Sains sempena Lawatan Penanda Arasan Delegasi
Majlis Permuafakatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Negeri Melaka ke SMK
Perimbun .
· Diberi kuasa untuk mengendalikan dan merancang aktiviti yang
berlangsung sepanjang aktiviti Demonstrasi Sains sempena Lawatan Penanda Arasan
Delegasi Majlis Permuafakatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Negeri Melaka
ke SMK Perimbun dengan pemerhatian oleh
Jawatankuasa Induk. (Walau bagaimanapun, segala aktiviti dan keputusan oleh
Jawatankuasa Pelaksana mesti dirujuk kepada Jawatankuasa Induk terlebih dahulu
untuk pengesahan.)
· Melibatkan diri serta memberi sumbangan tenaga dalam segala
aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Prisma dan Rekacipta.
6.2.2
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Ketua: Lim Zhu Tien (5 Alfa)
1. Yap Kean Onn (5 Delta)
2. Ch’ng Wai Keat (5 Gamma)
3. Lo Wei Hong (5 Alfa)
4. Andaeus Neoh Zun Khan (5
Gamma)
5. Chong Kah Hou (5 Gamma)
6. Jessie Kek Teng Han (5
Beta)
7. Liew Kar Fai (5 Gamma)
7.0
SUMBER KEWANGAN
·
Yuran ahli
·
Peruntukan Panitia Sains
·
Sumbangan bahan daripada Guru Penasihat serta AJK Kelab
Prisma dan Rekacipta
·
Sumbangan bahan kimia serta radas oleh pihak pengurusan
Makmal Sains SMK Perimbun
8.0
ANGGARAN PERBELANJAAN
BAHAN
|
ANGGARAN HARGA (RM)
|
Pewarna makanan
|
6.00
|
Sabun pencuci
|
5.00
|
JUMLAH
|
11.00
|
Oleh
sebab program ini tidak lama selepas Aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan
Matematik, masih terdapat baki bahan daripada pelaksanaan eksperimen yang sama
pada kali pertama. Jadi, untuk menjimatkan kos, AJK Prisma telah menggunakan
baki bahan tersebut untuk demonstrasi kali kedua ini.
9.0
TENTATIF PROGRAM
9.1 PERSEDIAAN SEBELUM PROGRAM
Pada 12 April
2013 bersamaan dengan hari Jumaat, iaitu 2 hari selepas berlangsungnya Aktiviti
Pelancaran Bulan Sains dan Matematik, Kelab Prisma dan Rekacipta telah diberi
penghormatan yang amat besar apabila AJK Prisma menerima jemputan khas daripada
Penolong Kanan SMK Perimbun, Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd. Nor, untuk membuat
demonstrasi ‘Elephant Toothpaste’ sekali lagi semasa Lawatan Penanda Arasan
Delegasi Majlis Permuafakatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ke SMK
Perimbun. Tanpa membuang masa, pada petang hari yang sama, semua AJK Prisma
yang terlibat dengan Aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik yang lepas,
iaitu Mandeep Singh A/L Manjit Singh (Pengerusi), Felicity Mishan Ng Yiwey
(Naib Pengerusi), Ch’ng Wai Keat, Lo Wei Hong, dan Yap Kean Onn, telah
berkumpul di Makmal Platinum untuk membincangkan pelaksanaan demonstrasi yang
cukup penting ini.
Dalam
perbincangan tersebut, AJK Prisma telah menginovasi eksperimen ‘Elephant
Toothpaste’ yang sedia ada dengan menggantikan graduated cylinder yang digunakan ketika Aktiviti Pelancaran Bulan
Sains dan Matematik dengan volumetric
flask yang dapat memberi kesan pancutan yang lebih menarik dan dinamik.
Bahan dan radas lain kekal sama dari segi isipadu dan jenis. AJK Prisma telah
melaksanakan beberapa percubaan disebabkan oleh pertukaran salah satu radas
yang digunakan dan mendapati bahawa penukargantian graduated cylinder kepada volumetric
flask sememangnya dapat menghasilkan kesan pancutan yang lebih unik.
Dari segi
pembahagian sumber manusia, semua AJK Prisma yang terlibat sebulat suara
bersetuju untuk mengekalkan peranan yang sama seperti Aktiviti Pelancaran Bulan
Sains dan Matematik. Oleh itu, Mandeep Singh A/L Manjit Singh dan Felicity
Mishan Ng Yiwey akan kekal menjadi pengacara demonstrasi manakala Lo Wei Hong,
Yap Kean Onn, dan Ch’ng Wai Keat akan tetap menjadi ‘saintis muda’ yang bakal
mendemonstrasikan eksperimen ‘Elephant Toothpaste’ kepada tetamu kehormat.
Pada hari
kejadian, seawal-awal pukul 8 pagi, AJK Prisma telah berada di Dataran Muhibbah
untuk menyediakan semua radas dan bahan yang diperlukan di bawah pengawasan
Puan Rusmiyana binti Kamari, Guru Penasihat Kelab Prisma dan Rekacipta. Tiga
set eksperimen ‘Elephant Toothpaste’ telah disediakan dengan teratur di atas
meja yang telah siap dihiasi dengan alas meja yang berseri. Pengacara majlis
pula bertanggungjawab untuk mengetahui nama tetamu kehormat yang akan hadir
serta atur cara program tersebut daripada Puan Aziah binti Abeh, Pengerusi
Majlis pada masa itu.
9.2 PERJALANAN PROGRAM PADA HARI
KEJADIAN
Program
dimulakan pada pukul 10.30 pagi apabila Delegasi Majlis Permuafakatan Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Negeri Melaka tiba di pekarangan SMK Perimbun.
Ketibaan mereka disambut dengan persembahan nyanyian khas yang diketuai oleh
Puan Muhairene binti Mohammed. Selepas itu, para tetamu kehormat diminta untuk
bergambar bersama dengan pihak pentadbir SMK Perimbun sebagai bahan kenangan.
Setelah sesi fotografi berlalu, tibalah giliran Kelab Prisma dan Rekacipta
untuk mempersembahkan demonstrasi eksperimen ‘Elephant Toothpaste’ yang telah
diinovasikan.
Demonstrasi tersebut
dimulakan dengan ucapan selamat datang oleh pengacara program tersebut dan
kemudiannya diikuti dengan penerangan prosedur eksperimen ‘Elephant Toothpaste’
satu demi satu. Eksperimen ‘Elephant Toothpaste’ dimulakan dengan penyukatan
500 ml 35% hidrogen peroksida untuk dituang ke dalam volumetric flask. Selepas itu, ‘saintis’ kita akan menambahkan
bahan pewarna makanan ke dalam larutan yang terdapat dalam volumetric flask tersebut lalu diikuti dengan penambahan beberapa
titis sabun pencuci ke dalam larutan yang sama. Bagi prosedur terakhir, iaitu
menambahkan sesudu Potassium Iodide
ke dalam larutan tersebut untuk mendapatkan pancutan yang menarik, AJK Prisma
dengan segala hormatnya telah menjemput Puan Hajah Noraini (Wakil Jabatan
Pelajaran Negeri Melaka), Puan Marina binti Masban (Wakil Pejabat Pelajaran
Daerah Hulu Langat) dan Tuan Haji Husin bin Ibrahim (Pengerusi Majlis
Permuafakatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Negeri Melaka) untuk
menyempurnakan ketiga-tiga set eksperimen tersebut. Akhirnya, eksperimen
tersebut telah disempurnakan dengan jayanya oleh ketiga-tiga tetamu kehormat
dan telah mendapat tepukan yang gemuruh serta pujian oleh seluruh delegasi.
10.0 PENUTUP
Tuntasnya,
eksperimen ‘Elephant Toothpaste’ yang telah diinovasikan telah berjaya menarik
hati setiap ahli Delegasi Majlis Permuafakatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid Negeri Melaka yang dikategorikan oleh pihak sekolah sebagai tetamu
kehormat yang mempunyai jawatan tinggi dalam peringkat Jabatan Pelajaran Negeri
Melaka. Rentetan itu, AJK Kelab Prisma dan Rekacipta telah berjaya membanggakan
bukan sahaja kelab mereka sendiri, tetapi juga SMK Perimbun secara
keseluruhannya.
GAMBAR
AKTIVITI
Tetamu
kehormat yang bersedia untuk menghayati
demonstrasi kami.
Tuan Haji Husin kerana menyempurnakan
demonstrasi ini.
Barisan AJK
Prisma dengan Ketua Bidang Sains dan Matematik,
Puan Noramizan binti Abdul
Rahman yang telah banyak menyumbang dalam demonstrasi ini.
No comments:
Post a Comment