1.0 PENGENALAN
Aktiviti
Pelancaran Bulan Sains dan Matematik pada awal bulan April setiap tahun
merupakan aktiviti kemuncak tahunan bagi Panitia Sains di mana murid-murid
berupaya untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang sains tanpa mengira aliran
fizik, kimia ataupun biologi di hadapan orang ramai. Beberapa tahun ini,
aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik dikatakan oleh murid-murid
sebagai salah satu aktiviti demonstrasi terbuka yang paling kreatif dan menarik
sepanjang kalendar takwim SMK Perimbun. Aktiviti ini juga merupakan aktiviti
ternama serta aktiviti tradisi bagi Panitia Sains kerana aktiviti inilah yang
bakal menjadi barisan hadapan dalam menarik minat murid-murid terhadap pelbagai
pertandingan bertemakan sains yang diadakan sepanjang Bulan Sains dan
Matematik. Pada tahun ini, Kelab Prisma dan Rekacipta telah diberi penghormatan
dan tanggungjawab yang amat besar oleh Panitia Sains untuk meneruskan
kesinambungan kecemerlangan kreativiti Panitia Sains dalam menjayakan aktiviti
ini serta melakar latar yang mempesonakan bagi Bulan Sains dan Matematik secara
keseluruhannya.
2.0
MATLAMAT
· Mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid dalam menarik
minat warga SMK Perimbun terhadap aktiviti Sains yang bakal diadakan sepanjang
Bulan Sains dan Matematik.
3.0 OBJEKTIF
· * Memupuk kemahiran berkomunikasi ahli Kelab Prisma dan
Rekacipta melalui interaksi secara langsung dengan semua warga SMK Perimbun.
· * Memberi peluang kepada semua warga SMK Perimbun untuk
mempelajari ilmu sains, terutamanya dalam bidang kimia, dengan kaedah yang
menarik.
· * Menjadi platform dalam menentukan sambutan aktiviti Bulan
Sains dan Matematik yang bakal diadakan seterusnya.
· * Memberi peluang kepada ahli Kelab Prisma dan Rekacipta untuk
menjalankan aktiviti eksperimen secara ‘hands on’/praktikal.
4.0 PELAKSANAAN
Tarikh :
10 April 2013
Hari : Rabu
Masa : 7.30 pagi – 8.00 pagi
Tempat :
Dataran Muhibbah, SMK Perimbun
Penganjur :
Panitia Sains dengan Kelab Prisma dan Rekacipta
5.0 SASARAN
Semua
warga sesi pagi SMK Perimbun (Tingkatan 3, 4, 5 dan 6). Jumlah sasaran tersebut
adalah kira-kira 1 500 orang murid.
6.0 JAWATANKUASA
6.1
JAWATANKUASA INDUK
6.1.1
TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA INDUK
·
Merancang pelaksanaan aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan
Matematik dari segi tempat, masa, pengurusan sumber manusia, sasaran murid dan
aktiviti.
·
Memantau perjalanan aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan
Matematik untuk memastikan kelancaran program ini.
·
Meluluskan atau melakukan sebarang perubahan terhadap
eksperimen serta aktiviti yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pelaksana.
·
Sebagai pengantara Kelab Prisma dan Rekacipta dengan pihak
pengurusan SMK Perimbun.
6.1.2
AHLI JAWATANKUASA INDUK
Penaung : Puan Hajah Petri Noor
Jaliah binti Megat Adnan
(Pengetua Kanan SMK
Perimbun)
Guru Penasihat : Puan Rusmiyana binti Kamari
Puan Jamilah binti
Mat Arshad
Pengerusi : Mandeep Singh A/L
Manjit Singh (5 Alfa)
Timbalan Pengerusi : Beh Zi Xuan (4 Alfa)
Naib Pengerusi : Felicity Mishan Ng Yi Wey (5
Alfa)
Yee Jin Kiat (4
Delta)
Setiausaha : Shika A/P Ranjendiran (5
Alfa)
Penolong Setiausaha : Nurain Khairunnisa binti Mohd. Rozi (5
Beta)
Bendahari : Lim Zhu Tien (5 Alfa)
Penolong Bendahari : Darshwini A/P Sridharan (4 Alfa)
6.2 JAWATANKUASA
PELAKSANA
6.2.1 TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA
· Melaksanakan segala arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa
Induk.
· Menjalankan pencarian maklumat dan eksperimen yang menarik
berkenaan dengan aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik.
· Diberi kuasa untuk mengendalikan dan merancang aktiviti yang
berlangsung sepanjang aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik dengan
pemerhatian oleh Jawatankuasa Induk. (Walau bagaimanapun, segala aktiviti dan
keputusan oleh Jawatankuasa Pelaksana mesti dirujuk kepada Jawatankuasa Induk
terlebih dahulu untuk pengesahan.)
· Melibatkan diri serta memberi sumbangan tenaga dalam segala
aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Prisma dan Rekacipta.
6.2.2 AHLI
JAWATANKUASA PELAKSANA
Ketua: Lim Zhu Tien (5 Alfa)
1. Yap Kean Onn (5 Delta)
2. Ch’ng Wai Keat (5 Gamma)
3. Lo Wei Hong (5 Alfa)
4. Andaeus Neoh Zun Khan (5
Gamma)
5. Chong Kah Hou (5 Gamma)
6. Jessie Kek Teng Han (5
Beta)
7. Liew Kar Fai (5 Gamma)
7.0 SUMBER KEWANGAN
· * Yuran ahli Kelab Prisma dan Rekacipta
· * Peruntukan Panitia Sains
· * Sumbangan Ahli Jawatankuasa serta Guru Penasihat Kelab Prisma
dan Rekacipta
· * Sumbangan bahan kimia oleh pihak pengurusan Makmal Sains SMK
Perimbun
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BAHAN
|
ANGGARAN HARGA (RM)
|
Ais kering
|
20.00
|
Pewarna makanan
|
6.00
|
Sabun pencuci
|
5.00
|
Gula
|
2.50
|
Aluminium foil
|
5.00
|
JUMLAH
|
38.50
|
9.0 TENTATIF PROGRAM
9.1 PERSEDIAAN AKTIVITI PELANCARAN
BULAN SAINS DAN MATEMATIK
Pada mesyuarat Ahli Jawatankuasa
Kelab Prisma dan Rekacipta pada 21 Mac 2013, semua Ahli Jawatankuasa Kelab
Prisma dan Rekacipta telah bersetuju untuk mengemukakan eksperimen, pembahagian
sumber manusia serta kaedah persembahan untuk Aktiviti Pelancaran Bulan Sains
dan Matematik seperti yang berikut:
9.1.1 EKSPERIMEN YANG DIKEMUKAKAN
1. Dry Ice Fog
2. Smoke Bomb
3. Elephant Toothpaste
(Sila rujuk bahagian Eksperimen untuk
maklumat lanjut mengenai prosedur dan
bahan-bahan yang diperlukan.)
9.1.2 PEMBAHAGIAN SUMBER MANUSIA
PENGERUSI
MAJLIS
Atas persetujuan semua Ahli
Jawatankuasa Kelab Prisma dan Rekacipta, Pengerusi, Mandeep Singh A/L Manjit Singh (5 Alfa),
serta Naib Pengerusi, Felicity Mishan Ng Yiwey (5 Alfa), telah diamanahkan
tanggungjawab sebagai pengerusi majlis pada hari kejadian. Pemilihan mereka
adalah atas kefasihan mereka dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta
pengetahuan mereka yang mendalam mengenai eksperimen-eksperimen yang bakal
dipersembahkan.
PERSEMBAHAN
ATAS PENTAS
Ahli Jawatankuasa Pelaksana, Lo Wei
Hong (5 Alfa), Yap Kean Onn (5 Delta), dan Ch’ng Wai Keat (5 Delta), telah
menggalas tanggungjawab untuk mendemonstrasi eksperimen Smoke Bomb serta
Elephant Toothpaste di atas pentas.
AKTIVITI
PEMBUKA MAJLIS
Semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan
Pelaksana Kelab Prisma dan Rekacipta telah menerima cadangan Pengerusi untuk
menjalankan eksperimen Dry Ice Fog sebagai aktiviti pembuka majlis. Pengerusi
telah memutuskan supaya tiga stesen diwujudkan di sekitar Dataran Muhibah untuk
melaksanakan aktiviti pembuka majlis. Ahli Jawatankuasa Kelab Prisma dan
Rekacipta berhasrat untuk memecah tradisi Pelancaran Bulan Sains dan Matematik
yang selama ini hanya membuat persembahan di atas pentas. Persembahan pembukaan
majlis yang dijalankan di sekitar Dataran Muhibbah dianggap sebagai pendekatan
yang kreatif dan lebih mudah untuk menarik perhatian murid atas sebab jarak
penglihatan yang lebih dekat serta mudah untuk berinteraksi dengan semua warga
SMK Perimbun.
Dengan itu, tiga stesen yang telah
diwujudkan di sekitar Dataran Muhibbah adalah seperti yang berikut:
STESEN
|
KEDUDUKAN
|
AJK PELAKSANA YANG DITUGASKAN
|
1
|
Hentian Muhibbah (Barisan Kadet
Remaja Sekolah)
|
Liew
Kar Fai (5 Gamma)
|
2
|
Di Hadapan Garaj (Barisan
Perempuan BSMM)
|
Lim
Zhu Tien (5 Alfa)
|
3
|
Tempat Duduk Terbuka Rimbun
De Café (Barisan Kadet Bomba dan Penyelamat)
|
Chong
Kah Hou (5 Gamma)
|
9.1.3
KAEDAH PERSEMBAHAN
Ketika mesyuarat Ahli Jawatankuasa
Kelab Prisma dan Rekacipta pada 21 Mac 2013, beberapa kaedah persembahan telah
dicadangkan oleh Ahli Jawatankuasa Kelab Prisma dan Rekacipta. Kaedah-kaedah
tersebut merupakan sketsa, demonstrasi, dan syarahan.
KAEDAH
SYARAHAN : DITOLAK
Kaedah syarahan ditolak kerana tidak
berupaya untuk mewujudkan interaksi secara langsung dengan warga SMK Perimbun.
Lebih-lebih lagi, kaedah syarahan hanya mengaplikasikan perkongsian ilmu secara
teori yang dianggap membosankan dan bertentangan dengan objektif pelancaran
yang menginginkan ahli Prisma menjalankan aktiviti pelancaran secara ‘hands
on’/praktikal.
KAEDAH
SKETSA : DITOLAK
Berbanding dengan kaedah syarahan,
kaedah sketsa lebih digemari oleh Ahli Jawatankuasa Kelab Prisma dan Rekacipta
kerana kaedah sketsa dapat mendedahkan warga SMK Perimbun kepada ilmu sains
yang dipersembahkan dengan kreatif dan menarik. Walau bagaimanapun, kaedah
sketsa baru diamalkan oleh kumpulan persembahan Aktiviti Pelancaran Bulan Sains
dan Matematik pada tahun lepas. Besar kemungkinan pihak Panitia Sains serta
sasaran aktiviti ini, iaitu murid-murid sesi pagi SMK Perimbun, akan menganggap aktiviti pada tahun ini sebagai kurang
kreatif dan hanya berkisar sekitar sketsa sahaja. Tambahan pula, idea yang
disampaikan melalui sketsa mempunyai risiko untuk disalahtafsirkan oleh
warga-warga SMK Perimbun yang lemah dari segi bahasa kerana idea tersebut
biasanya lebih kepada maksud tersirat. Hal ini bertentangan dengan perancangan
aktiviti Pelancaran Sains dan Matematik yang mengetengahkan pengorakan langkah
yang baru serta mudah difahami oleh warga SMK Perimbun tanpa mengira tahap
kefahaman mereka.
KAEDAH
DEMONSTRASI : DITERIMA
Antara sebab kaedah demonstrasi
diterima termasuklah dapat menyampaikan ilmu sains secara terus untuk mudah
difahami oleh murid, merupakan kaedah persembahan yang sudah lama tidak
digunakan dalam aktiviti ini beberapa tahun yang lepas serta dapat memberikan
ahli-ahli Kelab Prisma dan Rekacipta pengalaman secara ‘hands on’/praktikal
dalam menjalankan eksperimen pada hari kejadian. Kaedah demonstrasi juga dapat
melatih kemahiran berkomunikasi ahli-ahli Kelab Prisma dan Rekacipta dengan lebih
efektif berbanding dengan kaedah sketsa dan syarahan yang terlalu terikat
dengan skrip persembahan. Kaedah demonstrasi dapat dilakukan secara bersahaja
serta dapat menonjolkan kreativiti murid-murid dalam mempersembahkan eksperimen
dengan menarik dan unik agar mudah difahami dan diingati oleh murid.
9.2 PERJALANAN PROGRAM PADA HARI KEJADIAN
Majlis dimulakan dengan semua murid
sesi pagi SMK Perimbun berbaris mengikut badan beruniform masing-masing di
Dataran Muhibbah. Oleh sebab program tersebut dimasukkan ke dalam sesi
perhimpunan kokurikulum, upacara tersebut diteruskan dengan bacaan doa,
nyanyian lagu kebangsaan dan kemudiannya pengumuman pada hari tersebut.
Sementara itu, semua Ahli Jawatankuasa Kelab Prisma dan Rekacipta telah
bersedia di stesen masing-masing, menunggu arahan seterusnya oleh Pengerusi
Majlis.
Setelah sesi pengumuman selesai,
tibalah giliran rakan-rakan setugas Kelab Prisma dan Rekacipta, Mandeep Singh
A/L Manjit Singh serta Felicity Mishan Ng Yi Wey untuk mengambil alih peranan
sebagai Pengerusi Majlis. Dengan itu, secara rasminya aktiviti Pelancaran Bulan
Sains dan Matematik telah pun bermula. Aktiviti ini membuka tirainya dengan special effect di sekitar Dataran
Muhibbah yang disebabkan oleh kabus yang dilepaskan oleh ais kering yang
direndam ke dalam air panas. Seperti yang dijangka, kabus ini berjaya menarik
perhatian murid-murid terhadap eksperimen Dry Ice Fog yang dijalankan di 3
stesen sekitar Dataran Muhibbah seperti yang dirancang sebelum ini. Selepas
itu, Pengerusi Majlis memberi penerangan yang ringkas tentang langkah-langkah
untuk memperoleh special effect
seperti yang dilihat di sekitar Dataran Muhibbah dengan merendam ais kering ke
dalam air panas. Pengerusi Majlis turut menyatakan bahawa eksperimen ini sebenarnya
salah satu kaedah yang diamalkan dalam pementasan drama untuk mewujudkan latar
pembukaan drama yang berkabus.
Tanpa membuang masa, Pengerusi Majlis
meneruskan program ini dengan demonstrasi dua lagi eksperimen atas pentas.
‘Saintis’ yang berada di atas pentas ketika itu ialah Lo Wei Hong, Ch’ng Wai
Keat dan Yap Kean Onn. Demonstrasi atas pentas bermula dengan eksperimen Smoke
Bomb yang kemudiannya telah diasapkan oleh para ‘saintis’ Kelab Prisma dan
Rekacipta dengan berhati-hati. Murid-murid terpesona lagi apabila melihat kepulan
asap tebal yang dijanakan oleh campuran gula dan Potassium Nitrate yang sedikit sahaja dalam eksperimen Smoke Bomb.
Akhir sekali, demonstrasi ini
mencapai kemuncaknya dengan eksperimen Elephant Toothpaste. Tiga set radas dan
bahan eksperimen tersebut telah disediakan di atas pentas dengan bahan pewarna
yang berbeza-beza bagi setiap set. Setelah hampir semua prosedur eksperimen
tersebut selesai, pihak Kelab Prisma dan Rekacipta dengan segala hormatnya
telah menjemput Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd. Nor, Penolong Kanan SMK
Perimbun diiringi oleh Puan Noramizan binti Abdul Rahman, Ketua Bidang Sains
dan Matematik SMK Perimbun, untuk merasmikan Program Bulan Sains dan Matematik
Tahun 2013. Cara perasmian pada tahun ini juga amat menarik dan bersifat ‘hands
on’, iaitu menyempurnakan eksperimen tersebut dengan satu langkah terakhir –
menambahkan sesudu Potassium Iodide
ke dalam salah satu set eksperimen yang telah disediakan oleh ‘saintis’ kami.
Dengan itu, larutan eksperimen tersebut memancut keluar dengan menakjubkan
sekali, melambangkan keajaiban sains yang berjaya membuka minda generasi muda
tanpa mengira usia ataupun tahap kefahaman mereka.
Setelah eksperimen tersebut
disempurnakan, Pengerusi Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji
Abdul Rahim bin Mohd. Nor untuk menyampaikan sepatah dua kata semangat kepada
para murid SMK Perimbun. Beliau mendedikasikan pujiannya yang ikhlas kepada
Ahli Jawatankuasa Kelab Prisma dan Rekacipta atas demonstrasi yang menarik
tersebut serta memberi motivasi kepada murid-murid untuk mendalami ilmu sains
dan teknologi kerana sains sememangnya menakjubkan. Lantaran itu, program
tersebut telah berakhir dengan jayanya di mana kedua-dua pihak, iaitu murid dan
guru telah dapat mendalami ilmu sains secara kreatif dan unik pada hari
kejadian.
10.0 PENUTUP
Secara
keseluruhannya, aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik berjaya mendapat
sambutan yang hangat oleh semua warga SMK Perimbun. Hal ini secara tidak
langsung telah memberi permulaan yang memberangsangkan bagi aktiviti-aktiviti
Bulan Sains dan Matematik 2013 lain yang bakal diadakan. Kelab Prisma dan
Rekacipta berjaya sekali lagi menjulang namanya dalam kalangan murid dan guru
SMK Perimbun. Dengan itu, kami berharap agar kesinambungan kecemerlangan
kreativiti murid ini dapat diteruskan dengan persembahan yang lebih kreatif dan
menarik pada tahun yang berikutnya.
EKSPERIMEN
1 DRY ICE FOG
Difficulty: Easy
Time
Required: Instantaneous
Here's
How:
- This is so easy! Add chunks of
dry ice (solid carbon dioxide) to hot water in a styrofoam or other
insulated container.
- The fog will sink to the ground.
You may use a fan on a low setting to move your 'smoke'.
- The water will cool, so you will
need to refresh the hot water to maintain the effect.
- Room temperature matters - you
will get the most fog in a cool room. Have fun!
Tips:
- Dry ice is cold enough to give
frostbite. Wear protective gloves when handling it.
- Larger chunks of dry ice will
last longer than smaller ones.
- Be aware that extra carbon
dioxide is being added to the air. Under some circumstances, this can
present an asphyxiation hazard.
- Sometimes inexpensive dry ice
machines are available, otherwise check party supply stores and shipping
companies for availability.
- Keep dry ice away from children,
pets, and fools! Adult supervision is required.
What
You Need
- Dry Ice (Carbon Dioxide)
- Hot Water
- Insulated Container
1.
SMOKE BOMB
Smoke Bomb Materials
·
sugar (sucrose or table sugar)
· potassium nitrate, KNO3, also known as saltpeter (buy it
online or you can find this at some garden supply stores in the fertilizer
section, some pharmacies carry it too)
·
skillet or pan
·
aluminum foil
How
to Make a Smoke Bomb
1. Pour about 3 parts
potassium nitrate to 2 parts sugar into the skillet (5:3 ratio is also good).
Measurements don't need to be exact, but you want more KNO3 than sugar. For
example, you can use 1-1/2 cups KNO3 and 1 cup sugar. If you use equal amounts
of KNO3 and sugar, your smoke bomb will be harder to light and will burn more
slowly. As you approach the 5:3 KNO3:sugar ratio, you get a smoke bomb that
burns more quickly.
2. Apply low heat to the pan.
Stir the mixture with a spoon using long strokes. If you see the grains of
sugar starting to melt along the edges where you are stirring, remove the pan
from the heat and reduce the temperature before continuing.
3. Basically you are
carmelizing sugar. The mixture will melt and become a caramel or chocolate
color. Continue heating/stirring until the ingredients are liquefied. Remove
from heat.
4. Pour the liquid onto a
piece of foil. You can pour a smaller amount onto a separate piece, to test the
batch. You can pour the smoke bomb into any shape, onto an object, or into a
mold. The shape and size will affect the burning pattern.
5. If you aren't going to
clean your skillet immediately, pour hot water into the pan to dissolve the
sugar (or else it will be harder to clean). Clean up any residue you may have
spilled out of the pan, unless you want mini-smoke bombs on your stovetop.
6. Allow the smoke bomb to
cool, then you can peel it off the foil.
Now that you've made your smoke bomb, it's time
to light it...
3.
ELEPHANT TOOTHPASTE
The
elephant toothpaste chemistry demonstration is a dramatic demo which produces
copious amounts of steaming foam that sort of looks like the toothpaste an
elephant might use. Here's how to set up this demonstration and a look at the
reaction behind it.
Elephant
Toothpaste Materials
- 50-100 ml of 30% hydrogen
peroxide (H2O2) solution
- saturated potassium iodide (KI)
solution
- liquid dishwashing detergent
- food colouring
- 500 mL graduated cylinder
- splint (optional)
Safety
Wear
disposable gloves and safety glasses. Oxygen is evolved in this reaction, so do
not perform this demonstration near an open flame. Also, the reaction is
exothermic, producing a fair amount of heat, so do not lean over the graduated
cylinder when the solutions are mixed. Leave your gloves on following the
demonstration to aid with cleanup. The solution and foam may be rinsed down the
drain with water.
Procedure
- Put on gloves and safety
glasses. The iodine from the reaction may stain surfaces so you might want
to cover your workspace with an open garbage bag or a layer of paper
towels.
- Pour ~50 mL of 30% hydrogen
peroxide solution into the graduated cylinder.
- Squirt in a little dishwashing
detergent and swirl it around.
- You can place 5-10 drops of food
coloring along the wall of the cylinder to make the foam resemble striped toothpaste.
- Add ~10 mL of potassium iodide
solution. Do not lean over the cylinder when you do this, as the reaction
is very vigorous and you may get splashed or possibly burned by steam.
- You may touch a glowing splint
to the foam to to relight it, indicating the presence of oxygen.
Variations
of the Elephant Toothpaste Demonstration
- You can add 5 grams of starch to
the hydrogen peroxide. When the potassium iodide is added, the resulting
foam will have light and dark patches from the reaction of some of the
starch to form triiodide.
- You can use yeast instead of
potassium iodide. Foam is produced more slowly, but you can add a
fluorescent dye to this reaction to produce elephant toothpaste that will
glow very brightly under a black light.
- You can colour the demonstration
and make it into an Elephant Toothpaste Christmas
Tree for the holidays.
- There is also a kid-friendly version of the elephant
toothpaste demo that is safe for hands.
Elephant
Toothpaste Chemistry
The
overall equation for this reaction is:
2 H2O2(aq)
→ 2 H2O(l) + O2(g)
However,
the decomposition of the hydrogen peroxide into water and oxygen is catalzyed
by the iodide ion.
H2O2(aq)
+ I-(aq) → OI-(aq) + H2O(l)
H2O2(aq)
+ OI-(aq) → I-(aq) + H2O(l) + O2(g)
The
dishwashing detergent captures the oxygen as bubbles. Food colouring can colour
the foam. The heat from this exothermic reaction is such that the foam may
steam. If the demonstration is performed using a plastic bottle, you can expect
slight distortion of the bottle from the heat.
GAMBAR AKTIVITI
Pengerusi
Majlis sedang mengendalikan Aktiviti Pelancaran Bulan Sains dan Matematik.
AKTIVITI PEMBUKA MAJLIS : DRY ICE FOG
AJK Prisma sedang menjalankan
eksperimen Dry Ice Fog di stesen masing-masing.
SMOKE BOMB
Para ‘saintis’ sedang menyediakan bahan dan radas
yang diperlukan untuk menjalankan eksperimen
Smoke Bomb.
AJK Kelab Prisma dan Rekacipta, Yap Kean Onn, sedang
menambahkan campuran gula dan Potassium Nitrate ke dalam bekas yang disediakan.
‘Saintis’
kami sedang menunggu campuran gula dan
Potassium Nitrate untuk dipanaskan
‘Saintis’
kami menunjukkan contoh campuran Smoke
Bomb yang disediakan awal-awal lagi.
AJK Prisma, Lo Wei Hong sedang
memanaskan campuran Smoke Bomb untuk dijana asap.
Asap yang dilepaskan menjadi semakin
tebal.
ELEPHANT TOOTHPASTE
‘Saintis’
kami sedang menambahkan larutan hydrogen
peroksida ke dalam silinder penyukat.
‘Saintis’
kami sedang menambahkan beberapa titis
sabun pencuci ke dalam set
Elephant Toothpaste
tersebut.
‘Saintis’
kami sedang menambahkan beberapa titis
bahan pewarna
makanan ke dalam set eksperimen
tersebut.
Bersama dengan Penolong Kanan SMK Perimbun Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd.
Nor, ‘saintis’
kami menambahkan sesudu Potassium Iodide ke dalam setiap set eksperimen
kami menambahkan sesudu Potassium Iodide ke dalam setiap set eksperimen
sebagai tanda perasmian Bulan Sains dan Matematik.
Nampaknya
Penolong Kanan sekolah kita berasa kagum akan hasil eksperimen yang tidak
disangka oleh beliau amat menakjubkan.
Hasil
eksperimen yang begitu cantik dan mengagumkan.
No comments:
Post a Comment