PERSATUAN : KELAB PRISMA DAN REKACIPTA
1.0
PENDAHULUAN
Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket (PTPR) merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Universiti Malaya. Ia merupakan satu program pendidikan sains yang merentas kurikulum sekolah menengah dalam negara.
Dalam pertandingan ini, para peserta dikehendaki mencipta model roket air yang sempurna menggunakan botol minuman berkarbonat 1.5 liter agar ia dapat meminimumkan daya geseran dengan gaya kreativiti dan inovasi yang tinggi. Seterusnya model roket air itu akan menyempurnakan beberapa misi pelancaran ke udara dengan menggunakan alat pelancar roket air beserta kombinasi tekanan air dan udara sahaja. Terdapat pelbagai konsep dan aplikasi sains yang perlu difahami dan diadaptasi terlebih dahulu oleh pelajar sebelum menghasilkan roket air tersebut.

2.0
MATLAMAT
Meningkatkan minat murid terhadap
subjek sains dan membuat pemilihan wakil sekolah dalam Pertandingan Teknologi
Pelancaran Roket peringkat daerah.
3.0
OBJEKTIF
Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket (PTPR) diadakan bertujuan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut :
Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket (PTPR) diadakan bertujuan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut :
* Menanam minat, meningkatkan kemahiran, kefahaman dan pengetahuan komuniti pelajar dalam bidang sains dan teknologi angkasa;
* Membudayakan pelajar dengan pemikiran kreatif dan inovatif;
* Memberi landasan untuk mengaplikasikan teori dan konsep yang dipelajari dengan satu
aktiviti teknikal yang boleh membantu meningkatkan fahaman mereka; dan
* Menjadikan bidang sains angkasa sesuatu yang mencabar dan menyeronokkan
4.0
SASARAN
Semua murid tingkatan 4
5.0 PELAKSANAAN
Tarikh : 24 dan
26 April 2013
Masa : 2.00 – 6.00 petang
Tempat : Makmal Momentum dan Padang Arena
Juara SMK Perimbun
6.0
PERBELANJAAN
Sumber Kewangan : Peruntukan Ko-Akademik Panitia Sains
SMK Perimbun.
Peralatan dan bahan-bahan membina
roket : RM200.00
7.0
RUMUSAN
Pertandingan ini terbahagi kepada
dua (2) kategori seperti berikut:
i. Kateogri R2* – Sasaran (Target)
ii. Kategori R3* – Payung
Terjun (Parachute)
Pada 24 April, murid-murid telah
diberi taklimat oleh guru bertugas dan seterusnya membina model roket air
menggunakan botol minuman plastik 1.5 liter.
Pada 26 April, murid-murid telah
melancarkan roket tersebut mengikut kategori yang telah ditetapkan.
Senarai nama peserta dan pemenang
adalah seperti lampiran yang disertakan.
8.0
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Pihak kelab mencadangkan program
ini diteruskan pada tahun hadapan dengan beberapa penambahbaikan seperti
memberi taklimat dan pendedahan awal tentang pertandingan ini kepada
murid-murid dan membuat hebahan secara drastik agar dapat menarik minat lebih
ramai murid mengambil bahagian atau memberi sokongan dalam program ini.
No comments:
Post a Comment